Hobi syok sendiri dari kubikel opis gua.

Thursday, January 27, 2011

L.L.O #2 : Crane 2 Sejoli

Dalam duk sibuk-sibuk siapkan segala minit mesyuarat, belek-belek surat dan main kejar-kejar dengan staff-staff kat sini, sempat jugak gua lipat-lipat dua ekor crane nih.

Crane dua sejoli

Nampak berkedut aje crane dua ekor ni. Biasalah, gua baru beginner. Korang jangan expact gua expert cam boleh wat origami aifel tower ker hapa. Pelan-pelan belajar. Lagipun belambak kertas-kertas tak pakai kat opis nih. Dari membazir derang wat lapik mug air milo, baik gua lipa-lipat jadi origami. Boleh gak gua buat hiasan menyemak kat kubikel gua nih.

Rupa crane sebenar


Tapi apsal tak sama ah ? Crane dalam gambar ni ada kaki takdak ekor. Tapi crane lipat gua takdak kaki tapi ada ekor. Ahh.... lantaklah. Hahaha....

Wednesday, January 26, 2011

L.L.O #1 : Set Kerusi dan Meja

Assalamualaikum.


Ini adalaah entry gua yang Pertama.

Untuk subjek lipat lepat hari ini, gua tunjukkan hasil kerja pening-pening gua iaitu satu set kerusi dan meja.

Set kerusi & meja makan


Pemilihan tema kaler oren adalah kerana secara tak langsung mewakili warna rasmi opis gua dan juga sebab gua pow kertas opis dulu. Nanti2 bila gua dah pegi craft shop atau stationary shop, gua beli kertas kaler cantik untuk gua hasilkan karya masterpiece LipatLepatOrigami (LLO).